? ??????????????Live Forever? ????? ?? ???Rating: 4.6 (14 Ratings)??655 Grabs Today. 25359 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Purple Whisp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (450 Ratings)??634 Grabs Today. 64758 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Purple BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 20, 2009

Mendobi

Berikan mereka peluang untuk melakukan sendiri, nescaya mereka boleh berdikari. Itu mungkin salah satu kepercayaan yang harus dipegang oleh setiap orang terutama penjaga untuk setiap insan istimewa. Tanpa kepercayaan yang diberi, maka insan istimewa akan terus hanyut dan berada ditahap yang sama sepanjang hayat.







Aktiviti Mendobi

Falsafah Pendidikan Khas

Satu usaha berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara




Friday, December 11, 2009

PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada
7 kategori iaitu:

1) Kanak-kanak cerdas – pintar dan berbakat istimewa
2) Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi)
3) Kanak-kanak cacat penglihatan
4) Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi
5) Kanak-kanak kecelaruan tingkahlaku (Behavioural disorders)
6) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)
7) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)


Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Pra Sekolah di sekolah Pendidikan Khas.Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.


Apabila tamat pra sekolah, kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki sekolah rendah mengikuti aliran akademik. Syarat yang sama seperti pra sekolah perlu diikuti iaitu, berumur 6 hingga 14 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Murid yang mengikut Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternative.


Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal peubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat Sekolah Menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat. Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana-mana, peringkat sama ada sekolah rendah atau
menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan.